skssj.zoom-a.com
[Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya]
[Jalan Dato Usman Awang, Tanjung Sedili,
 81910 Kota Tinggi, Johor] Tel : [07-8918014], Faks : [07-8918014]
e-mel : [skssj@zoom-a.com]
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALUAN | SEJARAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PAUTAN | GALERI SKSSJ | BERITA TERKINI | ENROLMEN MURID | ALUMNI SKSSJ | SUDUT MBMMBI | Untitled | BUKU PELAWAT | MARQUEE | PIBG | DOWNLOAD | KEPUTUSAN UPSR | Untitled |

         

                                       SEKAPUR SIRIH DARIPADA
                                       GURU BESAR CEMERLANG
                                               (EN. MDD NORDIN BIN HAJI ISMAIL)


Assalamualaikum Wrbkth.

SALAM DI ALAM MAYA......

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Pentadbir dan pengurusan sekolah, Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan sokongan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jaya.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan bagi sekolah ini dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Seiring dengan Visi sekolah 2013 "Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang" serta misi kita iaitu "Membangunkan Potensi Individu melalui pendidikan berkualiti. Dengan kemudahan infrastruktur TMK yang semakin membangun, guru dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT. Kepentingan, keupayaan dan kemahiran menguasai teknologi maklumat dan komunikasi adalah elemen penting yang perlu dimiliki oleh warga pendidik dalam mengharungi dunia tanpa sempanan ini.

Marilah kita sama-sama mengharap semua murid di sekolah ini dapat menyumbangkan kegigihan dan ketekunan dalam pelajaran setiap individu dalam memperkembangkan bakat dan potensi dalam semua bidang yang ditempuhi. Semua guru juga diharapkan dapat mempertingkatkan disiplin setiap murid dalam menempuhi arus cabaran perdana ini.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan segala komitmen, buah fikiran, idea-idea yang bernas dan memberikan segala bantuan yang sewajarnya dalam membina laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: