SEJARAH SEKOLAH
|  |  | Bangunan pejabat sekolah
| Bangunan Makmal Komputer sekolah
| Sekolah ini bermula pada 28.5.1956, yang mana mempunyai kekuatan 58 orang murid dan 2 orang guru sahaja pada masa itu. Bangunan asal daripada kayu dan telah mendapat kerjasama daripada orang-orang kampung bagi membina bangunan sekolah ini. Guru Besar pertamanya ialah Encik Hussin Bin Hassan dan dibantu oleh En. Ahmad Bin Hj. Zainuri sebagai guru penolong.
Satu jawatankuasa telah dibentuk pada Julai 1956 dengan memberikan nama sekolah ini sebagai "SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SETIA JAYA". Pada 10.8.1956, bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi pada masa itu iaitu En. Bidin Bin Login.
|  |  | Bangunan kantin sekolah
| Bangunan Perpustakaan,Makmal Sains, Bilik Guru,Bilik Darjah sekolah
| Menjelang tahun 1966, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah dengan bangunan bercorak batu telah dibina yang mana mengandungi 3 bilik darjah, pejabat guru besar dan bilik air.
Pada tahun 1976, sebuah bangunan 2 tingkat didirikan yang mengandungi 5 bilik darjah, pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik air dan kantin. Dan sekarang pada tahun 2013 telah banyak perubahan fizikal telah berlaku pada sekolah ini. Dengan mempunyai 653 orang murid dan 41 orang guru (siswazah dan bukan siswazah), SK Sri Setia Jaya sekarang berdiri megah di tengah-tengah kepesatan pembangunan yang berlaku di Tanjung Sedili ini.
Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.
|
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat:
|